Skip to main content

Ubisoft pada awal tahun ini telah membatalkan penganjuran Rainbow Six Operation League Malaysia akibat pandemik Covid-19, hari ini mereka mengumumkan yang ia akan kembali sebagai Rainbow Six Operation League Malaysia Musim Ke-2.

Pendaftaran untuk kejohanan telah dibuka sehingga 17 Januari 2021 dan anda boleh melakukannya di pautan ini; https://ubi.li/R6_OLMYSGPHID_S2_MY. Ia adalah terhad kepada 64 pasukan sahaja, dan pusingan kelayakan akan bermula pada 20 Februari sehingga 21 Februari 2021.

Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $15 ribu dan juara juga akan mendapat tempat untuk Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021.

Rainbow Six Seige telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas dan kini ia menerima pelbagai kemaskini dan sokongan dari Ubisoft di mana ia boleh dimainkan melalui konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply