Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 22 Disember ini, permainan yang ditawarkan adalah Alien: Isolation.

Alien: Isolation adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan kepada menyelinap dan juga seram. Pemain akan mengawal Amanda Ripley dan perlu menyiasat mengenai apa yang berlaku di satu space station. Ia dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh Sega sejak tahun 2014.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini