Skip to main content

Esports Integrated (ESI) iaitu satu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan Impact Integrated untuk mengembangkan lagi ekosistem esukan di Malaysia mengumumkan Kejohanan Esukan Malaysia 2020 ataupun Malaysia Esports Championship 2020 (MEC 2020).

Melaluinya, terdapat 4 permainan yang akan dipertandingkan iaitu Mobile Legends, PUBG Mobile, Dota 2 dan FIFA 21 untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM100 ribu. Pendaftaran kini dibuka, di mana anda boleh lakukannya di pautan ini.

Menariknya bagi permainan Mobile Legends dan PUBG Mobile, juara akan mendapat tempat yang lebih baik untuk pusingan kelayakan bagi kejohanan rasmi permainan tersebut iaitu MPL Malaysia dan PMNC MY/SG.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari: https://www.esukan.gg/happening.

Leave a Reply