Skip to main content

Bandai Namco semalam telah mengumumkan yang Super Baby 2 dan Gogeta adalah watak DLC seterusnya untuk permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ. Super Baby 2 akan tiba pada 15 Januari dan anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Seperti watak DLC sebelum ini, Super Baby 2 boleh didapati secara berasingan ataupun melalui pembelian Fighterz Pass 3 yang sebelum ini telah menerima watak Kefla, Goku (Ultra Instint) dan Master Roshi. Pemilik pas tersebut juga dapat mencuba watak 2 hari lebih awal sebelum dikeluarkan secara rasmi.

Manakala watak terakhir untuk FighterZ Pass 3 iaitu Gogeta buat masa ini masih tidak menerima sebarang tarikh pelancaran, namun berdasarkan keluaran watak-watak sebelum ini, ia mungkin akan tiba pada bulan April ataupun Mei.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini – Ulasan Dragon Ball FighterZ – Permainan Dragon Ball Terbaik.

Leave a Reply