No More Heroes 1 Dan 2 Untuk PC Tersenarai Di Agensi Penarafan

No More Heroes dan No More Heroes 2: Desperate Strugle telah dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 29 Oktober lepas, berdasarkan penyenaraian di Agensi Penarafan Amerika Syarikat iaitu ESRB, ia tampaknya akan turut tiba untuk PC.

No More Heroes pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 dan No More Heroes 2 pada tahun 2010, kedua-duanya untuk Wii. Ia dibangunkan oleh Suda51 melalui studio Grasshopper Manufacture.

Dengan pelancaran ini, mungkin kita boleh berharap No More Heroes 3 yang buat masa ini dirancang akan tiba sekitar tahun 2021 untuk Switch akan turut tiba di PC.

Sohor Kini