Watch Dogs Legion telah dikeluarkan dengan pelbagai masalah prestasi, termasuk juga masalah fail simpanan menjadi rosak di Xbox Series. Oleh kerana itu, Ubisoft telah mengumumkan yang mereka menunda mod multi-pemain dalam talian bagi permainan tersebut untuk memfokuskan usaha mereka membaiki masalah-masalah tersebut.

Melalui kemaskini 2.4 yang dikeluarkan pada 11 Disember lepas, Ubisoft mengatakan kebanyakan masalah sudah diselesaikan dan mereka kini boleh memfokuskan untuk membawa mod multi-pemain tersebut. Melalui perkongsian terbaru, Ubisoft mengumumkan yang mod tersebut akan tiba bersama dengan kemaskini seterusnya untuk Watch Dogs Legion, dijangka akan tiba pada awal tahun 2021.

Di dalam mod ini, anda bersama dengan 3 pemain lain dapat mengembara bersama di kota London dan melakukan pelbagai misi termasuk juga misi khusus untuk koperasi.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini