Jualan Promosi Musim Luruh Di Steam Adalah Paling Berjaya Untuk Mereka

Steam pada hujung minggu lepas telah berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan jualan promosi terakhir mereka iaitu Musim Luruh yang berakhir pada 1 Disember lepas. Menurut mereka, ia adalah jualan promosi yang membawa pendapatan tertinggi untuk mereka.

Tambah mereka lagi, terdapat hampir 1 juta akaun baharu yang membuat pembelian permainan dan juga pembelian di dalam permainan semasa jualan promosi tersebut. Bagi pemain lama, terdapat 24 juta pemain yang melakukan transaksi secara serentak, 7 juta lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini iaitu pada Jualan Promosi Musim Luruh 2019.

Mereka juga mengatakan yang terdapat lebih banyak permainan yang mencapai jualan melebihi $10 ribu sehinggalah melebihi $1 juta. Bagi The Steam Awards, Steam mengumumkan sudah terdapat 5.3 juta oemain yang melakukan lebih 30 juta undian.

Sohor Kini