Fall Guys Menerima Kostum Ninja – Berharga 2 Crowns Sahaja

Fall Guys akhirnya melancarkan kostum pertama daripada acara bidaan untuk kostum yang dianjurkan beberapa bulan lepas. Bidaan tersebut dimenangi oleh Ninja, Mr Beast dan AimLab dan akan menerima kostum tersendiri.

Minggu Ini, Mediatonic akhirnya melancarkan kostum untuk Ninja, dan ia boleh dikatakan mempunyai rekaan seperti kostum Ninja di dalam Fortnite. Berbeza dengan kostum “premium” sebelum ini, ia hanya memerlukan 2 Crowns sahaja berbanding 10.

Seperti biasa, ia hanya boleh didapati buat masa terhad, jika anda terlepas sekarang ataupun tidak mempunyai Crowns yang mencukupi, anda perlu menunggu sehingga ia ditawarkan sekali lagi.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini.

Sohor Kini