Concerned Ape telah mengumumkan kemaskini 1.5 untuk Stardew Valley sejak Februari lepas lagi. Namun, sehingga sekarang ia masih lagi tidak menerima sebarang tarikh pelancaran. Menurut mereka, ia adalah kerana kemaskini 1.5 akan menyertakan pelbagai fungsi baharu yang mengambil masa untuk dibangunkan.

Hari ini, mereka mengumumkan antara penambahan tersebut adalah pemain kini boleh memilih jenis ladang permulaan yang baharu iaitu “Beach Farm”. Ini akan membolehkan ladang anda berada di kawasan pantai.

Berbeza dengan ladang jenis “Riverland Farm”, ladang ini akan mendapat pelbagai barangan yang terdampar di pantai. Selain itu, tanah di kawasan ini juga akan menjadi berpasir yang mengakibatkan Sprinkle tidak dapat digunakan.

Tambahan itu, pada permulaan, pemain juga diberikan lebih banyak tetapan untuk sama ada lebih memudahkan ataupun menyukarkan sesi permainan baharu. Mereka sebelum ini mengumumkan yang kemaskini 1.5 juga akan menyertakan fungsi multi-pemain secara pembahagian skrin.

Stardew Valley sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini