Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 21 Disember ini, permainan Defense Grid: The Awakening.

Defense Grid: The Awakening adalah permainan pertahanan menara yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2008 lagi.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Leave a Reply