Kemaskini: Loops Esports telah hilang kelayakan kerana didapati sengaja membuatkan pasukan mereka kalah di pusingan terakhir. Oleh kerana itu, Team Secret telah dinaikkan ke tangga ke-15 dan A1 Esports kini berada di tempat ke-16 menempah tiket ke peringkat akhir.


Pasukan PUBG Mobile Team Secret iaitu satu-satunya pasukan dari Malaysia yang melayakkan diri ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC) telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan tersebut selepas mendapat tempat ke-16 di peringkat liga.

Peringkat Liga PMGC telah dimenangi oleh Four Angry Men iaitu pasukan dari China, mereka membawa pulang $300 ribu, diikuti Bigetron RA pasukan dari Indonesia yang membawa pulang $125 ribu. Di tempat ketiga adalah satu lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu RRQ Athena dari Thailand.

Dua lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu Secret Jin dan Power888 KPS dari Thailand juga melayakkan diri ke peringkat akhir selepas mendapat tempat ke-7 dan ke-10.

Team Secret sebelum ini melayakkan diri ke PMGC selepas mendapat tempat ke-6 ketika PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara. PMGC peringkat akhir akan berlangsung pada 21 Januari sehingga 24 Januari di Dubai.

Sohor Kini