Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 20 Disember ini, permainan The Long Dark.

The Long Dark adaalah permainan ketahanan hidup, seperti permainan-permainan ben-genre sama, sasaran utama permainan ini adalah untuk memastikan anda selamat serta mempunyai kelengkapan yang cukup untuk bertahan. Ini termasuk juga memastikan anda tidak kesejukan walaupun berada di kawasan bersalji.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma, tawaran ini akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Selain itu, mereka juga menganjurkan jualan promosi “Holiday Sale” yang menawarkan permainan dengan potongan harga, serta kupon $10 untuk setiap pembelian permainan yang berharga $14.99 dan ke atas. Tawaran ini adalah tanpa had sehingga 7 Januari 2021.

Sohor Kini