Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games Store, bermula minggu ini mereka akan menawarkan permainan percuma setiap hari di Epic Games Store di mana bagi 19 Disember ini, permainan Oddworld: New ‘N’ Tasty ditawarkan secara percuma selepas Cities Skyline.

Oddworld New ‘n’ Tasty merupakan permainan olahan semula untuk permainan pertama Oddworld iaitu Oddworld: Abe’s Oddysee yang dikeluarkan pada tahun 1997. Ianya kemudian dilancarkan semula pada 2014 lepas di pelbagai platform dan kini ia akhirnya percuma di Epic Games Store sehingga 11 malam ini sahaja.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari pautan ini untuk menebus permainan secara percuma.

Untuk senarai penuh permainan percuma, kami juga akan mengemaskini di artikel ini di mana anda boleh melihat senarai-senarai permainan yang ditawarkan sepanjang tawaran perayaan Krismas oleh Epic Games ini.

Leave a Reply