Beberapa tahun lepas, RLR Training mengumumkan satu permainan simulasi memikat gadis Super Seducer di mana ia mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain di Steam.
Terkini, untuk meneruskan legasi tersebut, Richard La Ruina mengumumkan permainan ketiga buat siri permainan simulasi memikat gadis tersebut akan dilancarkan pada 12 Februari 2021 ini di Steam, bersempena dengan minggu hari kekasih.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, siri permainan Super Seducer merupakan permainan simulasi yang meletakkan pemain di dalam sebilangan senario keadaan dimana pemain perlu memikat gadis. Setiap pilihan yang dibuat oleh pemain, akan dibantu oleh Richard La Ruina, iaitu seorang guru memikat dimana beliau akan memberi maklum balas dan juga petua buat pemain untuk memikat gadis.
Melalui permainan ketiga ini, seperti baisa Richard La Ruina menyertakan pelbagai senario berkenaan memikat gadis termasuklah kandungan yang lebih pelbagai dengan mod khas tanpa sebarang pilihan salah dengan nasihat yang ‘tepat’.
Pada masa yang sama, RLR Training juga mengumumkan yang mana permainan pertam Super Seudcer dan Super Seducer 2: Advanced Seduction Tactics turut akan dilancarkan di konsol Switch pada bulan Februari 2021 ini.
Bagi anda yang berminat, anda boleh letakkan permainan ini di senarai hajat anda di Steam ataupun membeli permainan beliau sebelum ini oleh RLR Training dengan harga hanya RM30 sahaja.