Apple hari ini mengumumkan filem Palmer yang dibintangi oleh Justin Timberlake akan tiba di Apple TV+ pada 29 Januari 2021 ini.

Palmer mengisahkan Eddie Palmer di mana beliau kembali ke kampung halamannya selepas berada di penjara selama 12 tahun. Disitu, beliau meneruskan hidup beliau seperti biasa, namun jiran beliau iaitu Shelly telah meninggalkan Palmer seorang kanak-kanak bernama Sam, yang mana selalu menjadi mangsa buli.

Apple TV+ merupakan servis langganan siri TV khas oleh Apple di mana ia menyertakan pelbagai siri asli menarik dengan harga serendah RM19.90. Anda juga boleh melanggannya melalui Apple One, iaitu servis langganan pelbagai khas oleh Apple dengan harga yang sama.

Bagi anda yang berminat, anda juga boleh mencubanya selama 7 hari secara percuma dan pada masa yang sama, buat pemilik peranti Apple seperti iPhone, iPad, Apple TV, Mac ataupun iPod Touch baharu, Apple juga menawarkan langganan Apple TV+ secara percuma selama setahun dan perlu ditebus dalam masa 3 bulan peranti tersebut diaktifkan.

Sohor Kini