Bagi anda yang masih menerokai negara England di dalam permainan Assassin’s Creed Valhalla, hari ini Ubisoft melancarkan kemaskini kandungan percuma buat semua pemain bersempena dengan perayaan Yule.
Bermula 18 Disember sehingga 7 Januari 2021, pemain boleh dapatkan pelbagai kandungan seperti kostum-kostum dan kelengkapan dengan melakukan pelbagai aktiviti bersempena perayaan Yule tersebut. Melaluinya pemain boleh bermain aktiviti minum, memanah, bertumbuk dan sebagainya termasuklah misi sampingan baharu untuk dapatkan pelbagai ganjaran-ganjaran tersebut.
Untuk mengakses perayaan Yule tersebut, pemain juga perlu menyelesaikan bahagian pertama misi Grantebridgescire atay Ledecestrescire di mana kemudian, acara perayaan Yule tersebut akan bermula terus di pangkalan pemain.
Pada masa yang sama, Ubisoft juga mengumumkan kandungan seterusnya River Raids akan turut bermula pada bulan Februari ini yang mana ia menyertakan mod permainan baharu dan juga fungsi carta untuk Jomsviking.
Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.