Ubisoft hari ini mengumumkan kandungan musim pertama kini dilancarkan secara rasmi untuk permainan Just Dance 2021 di mana ia meneyrtakan pelbagai kandungan baharu termasuklah muzik baharu.
Melalui kemaskini baharu ini, dengan bertemakan penceritaan fantasi, Once Upon A Dance musim pertama daripada dua bahagian akan menyertakan dua muzik ikonik iaitu Love Is All oleh The Sunlight Shaker dan Dancing Queen oleh ABBA. Menariknya, acar aini juga akan menyertakan lagu What Does The Fox Say? oleh Ylvis yang mana ia boleh di akses melalui Just Dance Unlimited. Bahagian pertama ini boleh diakses bermula 17 sehingga 31 Disember ini.
Untuk bahagian kedua pula, bermula 14 Januari sehingga 4 Februari 2021, pemain akan menerima 3 lagu eksklusif seperti Born To Be Wild oleh Steppen Wolf, Only You oleh Love Letter dan Burn oleh Ellie Golding.
Jadi bagi anda yang berminat untuk dapatkan muzik-muzik ini, pastikan anda bermain dan dapatkan permainan ini bermula minggu ini.
Just Dance 2021 telah pun dilancarkan awal bulan ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Switch. Sebelum ini, Ubisoft juga mengumumkan langganan khas Just Dance Unlimited yang menyertakan kesemua muzik-muzik daripada permainan Just Dance sebelum ini.