Skip to main content

Seperti yang diacahkan sebelum ini, Ubisoft hari ini akhirnya melancarkan kemaskini khas kandungan kolaborasi bersama siri kartun Adventure Time di mana mereka menyertakan kostum watak Finn, Unicorn pelangi dan kostum Jake untuk burung peneman pemain.

Menurut Ubisoft, kostum-kostum ini boleh dibeli melalui kedai di dalam permainan tersebtu di mana ia menyertakan pelbagai pilihan untuk pemain dari segi kostum pakaian, helmet, sayap, kuda dan peneman

Immortals Fenyx Rising telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, Stadia, dan PC melalui uPlay dan Epic Games Store.

Leave a Reply