Skip to main content

Krafton Inc hari ini mengumumkan yang mana musim ke-10 untuk permainan PUBG ataupun Player Unknown’s Battlegrounds kini bermula secara rasmi di PC dan konsol di mana ia menyertakan beberapa kandungan baharu.

Antara kandungan utama yang disertakan adalah peta baharu Haven yang mempunyai saiz 1×1 dengan jumlah 32 pemain di dalam satu peta yang lebih kecil.

Tambahan itu, kemaskini ini juga menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuklah penceritaan baharu dan juga fungsi payung terjun kecemasan yang memudahkan pemain untuk melarikan diri dari kawasan yang tinggi.

Untuk segala laporan penuh kemaskini anda boleh menonton video di bawah termasuklah musuh Pillar yang akan menyerang pemian dan juga keupayaan untuk memanggil kereta kebal.

PUBG ataupun Player Unknown’s Battlegrounds telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Steam. Bagi anda yang berminat, ia boleh dibeli dengan harga bermula RM75.

Leave a Reply