Setelah menundakan permainan Olija sebelum ini, Devolver Dgitial dan Skeleton Crew Studio hari ini akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran permainan tersebut di mana ia akan tiba pada 28 Januari 2021 ini.

Melalui video acah yang dikongsi, permainan tersebut akan tiba di semua platform yang diumumkan sebelum ini iaitu PlayStation 5, Xbox One, Switch dan juga PC pada Januari ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Olija merupakan permainan pengembaraan dua dimensi yang memfokuskan pemain untuk bertempur dan bergerak dengan pantas disamping menyelesaikan beberapa tekaria dengan mengelak pelbagai jenis perangkap.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mencuba demo permainan ini melalui Steam sebelum mendapatkannya menjelang Januari ini.

Sohor Kini