Remedy Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Control: Ultimate Edition untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series pada 2 Februari 2021 ini secara digital melalui PSN Store dan Microsoft Store.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, versi ini akan menyertakan segala penaik-tarafan visual seperti sokongan Ray Tracing untuk mod Grafik dan sokongan 60FPS untuk mod prestasi.

Pada masa yang sama, Remedy Entertainment juga mengesahkan yang versi fizikal edisi Ultimate permainan ini juga turut akan dilancarkan sekitar 2 Mac 2021 ini dan ia akan dijual melalui pengedar rasmi permainan tersebut.

Untuk melihat sokongan 60FPS dan Ray-Tracing, Remedy Entertainment berkongsi satu video khas di bawha di mana ia mempamerkan beberapa peningkatan visual permainan tersebut.

Control merupakan permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC sebelum ini. Control Ultimate Edition, iaitu edisi lengkap permainan tersebut yang menyertakan bersama DLC juga sebelum ini dilancarkan dan edisi Cloud juga tiba di konsol Switch.

Anda juga boleh membaca ulasan permainan Control di pautan ini.

Sohor Kini