Ubisoft Menawarkan Trials Rising Secara Percuma Untuk PC

Bersempena dengan sambutan akhir tahun, Ubisoft melalui Ubisoft Connect akan menawarkan permainan percuma setiap hari bagi platform PC, iaitu tawaran seakan Epic Games Store. Hari ini, mereka menawarkan Trials Rising yang anda boleh tebus bermula sekarang melalui pautan ini.

Untuk tebus, anda perlu mendaftar akaun Ubisoft Connect iaitu pengganti Uplay untuk PC dan Ubisoft Club untuk konsol. Anda boleh menyambung menggunakan akaun yang sama jika anda sudah mempunyai mana-mana akaun.

Trials Rising merupakan permainan motosikal di mana anda perlu melalui pelbagai peringkat yang berbeza, ia sudah dikeluarkan pada awal tahun lepas.

Sohor Kini