Mountain Dew iaitu jenama minuman yang sangat terkenal dari Malaysia hari ini mengumumkan kejohanan PUBG Mobile akan diadakan bermula 22 Disember 2020 ini sehingga 15 Januari 2021 ini.

Menariknya, dengan wang hadiah sehingga RM200,000 kejohanan ini adalah terbuka untuk semua penduduk Malaysia dan Singapura. Pendaftarannya kini sudah pun di buka bermula minggu ini sehingga 8 Januari 2021 ini di mana untuk mendaftar, anda perlu membeli mana-mana minuman Mountain Dew yang mempunyai kod khas untuk anda daftar melalui laman rasmi Dew Challenge.

Kejohanan tersebut akan berlangsung secara berperingkat di mana fasa pertama akan menempatkan sebanyak 2048 pasukan dan terbahagi keapda 16 pasukan di dalam 128 kumpulan. Hanya 16 pasukan terbaik sahaja yang akan ke pusingan akhir yang berlangsung pada 30 Januari 2021 ini.

Untuk informasi lanjut termasuklah terperinci kejohanan, anda boleh ke laman rasmi Dew Challenge.

Sohor Kini