Skip to main content

PUBG Mobile telah mengumumakan Kejohanan Community Cup bagi permainan tersebut akan kembali buat tahun ketiga. Pendaftaran untuknya sudah di buka dan pusingan kelayakan akan bermula pada 21 Disember 2020.

Menariknya bagi tahun ini, pusingan kelayakan dan juga play-off akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori wanita dan kategori campuran. 8 pasukan terbaik daripada kedua-dua kategori tersebut akan melayakkan diri ke pusingan akhir, menjadikan 8 pasukan daripada kategori wanita dan 8 pasukan kategori campuran akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul RM15 ribu.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar pasukan, anda boleh melakukannya melalui pautan ini www.pcc2020my.com. Maklumat lanjut mengenainya boleh di laman rasmi PUBG MOBILE dan Facebook Rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia.

Leave a Reply