eGG Network hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara kejohanan khas bersama pempengaruh pemain di Facebook Gaming Creators bersama permainan League Of Legeds: Wild Rift melalui kejohanan Creators Collision League Of Legends Wild Rift dan Underground Fans Challenge.

Melalui kedua-dua kejohanan tersebut, peminat bukan sahaja dapat menyaksikan para pempengaruh bertanding, malah peminat juga boleh sertai Underground Fans Challege khas yang akan berlangsung pada 28 Disember ini dan bertembung dengan para pempengaruh tersebut, yang mana juga akan menyediakan wang hadiah terkumpul sehingga RM10,000.

Kejohanan ini akan bermula dengan penonton memilih pempengaruh pilihan untuk ke bahagian Underground Fans Challenge dengan menghantar bintang “Stars” ketika penstriman mereka pada 22 Disember 2020 ini pada jam 9 hingga 10 malam. 10 pempengaruh tertinggi kemudian akan berpeluang untuk bertanding ke pusingan kejohanan tersebut dan mereka akan dibahagikan kepada dua pasukan.

Peminat kemudian akan berpeluang untuk bertempur dengan para pempengaruh tersebut pada 28 Disember ini pada jam 10:30 pagi dan pendaftarannya adalah melalui Discord. 50 peserta pertama kemudian akan dibahagikan kepada 10 pasukan.

Setiap pasukan kemudian akan bertembung dengan pasukan pempengaruh dan pasukan yang menang akan menerima wang hadiah sebanyak RM1,000.

Manakala untuk kejohanan Cretors Collision Wild Rift pula, ia akan diadakan pada 29 dan 30 Disember ini dan menempatkan 8 pasukan pempengaruh untuk bertempur dengan wang hadiah sebanyak RM60,000. Pemain yang terdiri daripada Soloz, Daddy Hood, Bexed, Ream Angkor, Obot Gaming, Charlie, Erin KARRA Gaming dan SleepyGoddillas akan menyertai kejohanan tersebut.

Peminat juga berpelung untuk melihat mereka beraksi pada kedua-dua hari tersebut bermula jam 12 tengah hari dania akan ditayangkan secara langsung di saluran rasmi eGG Network dan akan dihoskan oleh Qontra dan diulas oleh HusKKiee dan Flicker.

Untuk informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi eGG Network dan Facebook rasmi mereka untuk sebarang pengumuman lanjut dan kemaskini kejohanan tersebut.

Sohor Kini