Skip to main content

Dengan populariti permainan mudah-alih (Permua) Free Fire yang semakin meningkat baru-baru ini, hari ini Garena berkongsi senarai perancangan esukan untuk permua tersebut bagi tahun 2021.

Menurut Garena, dengan berkembangnya industri esukan di Malaysia, mereka ingin mengadakan tiga kejohana Free Fire utama di Malaysia sepanjang 2021 ini.

Kejohanan pertama yang diumumkan adalah Free Fire MCP Majors musim pertama di mana ia akan bermula pada bulan Januari ini dan diikuti dengan Free Fire Malaysia Championship antara bulan Mei sehingga Julai. Selain itu, Free Fire MCP Majors musim kedua pula akan diadakan antara bulan Julai dan September.

Menurut Garena, kejohanan-kejohanan tersebut akan menyertakan wang hadiah terkumpul sehingga RM600,000. Menariknya, seperti kejohanan sebelum ini, pasukan-pasukan yang di carta tertinggi turut akan layak ke kejohanan seterusnya, sekaligus akan menghasilkan satu komuniti pasukan dan pemain Free Fire.

Bagi kejohanan Free Fire MCP Majors, ianya akan terbuka untuk semua pemain dari Malaysia, Kemboja dan Filipina. Kedua-dua musim kejohanan tersebut akan menyertakan pusingan kelayakan yang memilih 24 pasukan untuk ketiga-tiga negara tersebut dan bertanding ke pusingan akhir dengan 12 pasukan terbaik yang akan ke liga.

Kejohanan tersebut kemudian akan menyertakan 6 pasukan lain dari Free Fire Tri-Nation Cup untuk ke pusingan akhir. Menariknya, pasukan terbaik di pusingan akhir juga akan mewakili rantau untuk ke kejohanan antarabangsa.

Manakala untuk kejohanan Free Fire Malaysia Championship pula, ia adalah kejohanan khas untuk pemian di Malaysia di mana ia akan menempatkan sebanyak 18 pasukan di pusingan kelayakan daripada sejumlah 48 pasukan dan hanya 12 pasukan sahaja yang akan ke pusingan akhir. Menurut Garena, informasi lanjut kejohanan tersebut akan dikongsikan kelak.

Free Fire adalah permua pertempuran royale oleh Garena di mana ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android. Untuk informasi lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Free Fire.

Leave a Reply