Geaoff Keighley iaitu pengasas dan pengarah untuk The Game Awards 2020 telah mengumumkan acara tersebut telah menerima jumlah tontonan sebanyak 83 juta di laman penstriman seperti Twitch, Youtube dan juga Facebook Gaming.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 83% berbanding tahun lepas yang mencatat 45.2 juta. Selain itu, beliau juga berkongsi yang jumlah penonton serentak tertinggi adalah seramai 8.3 juta dan 2.63 juta khusus untuk Twitch.

The Game Awards 2020 telah memperlihatkan The Last of Us Part II memenangi kesemua pencalonan termasuk juga Permainan Terbaik Tahun Ini. Anda boleh baca senarai penuh pemenang melalui pautan ini.

Sohor Kini