Nexon hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan khas bersama artis kumpulan Kpop terkenal, iaitu BTS bersama permainan Maple Story dan Maple Story M.
Seperti anda sedia maklum, Maple Story adalah permainan percuma MMORPG oleh Nexon di mana ia juga mempunyai versi permua khas permua Maple Story M. Melalui acara ini, pemain boleh dapatkan pelbagai barangan dan kostum yang dihasilkan khas oleh ahli-ahli BTS termasuklah barangan rasmi seperti pemegang lampu BTS.
Menurut Nexon, terdapat 5 pek barangan yang dihasilkan oleh TBS dan sejumlah 27 barang yang pemain boleh dapatkan khas bermula minggu ini di kedua-dua permainan Maple Story dan Maple Story M.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menonton ketiga-tiga episod dokumentari khas saat ketika BTS menghasilkan barangan tersebut melalui saluran rasmi Youtube Maple Story.
Maple Story boleh dimainkan secara percuma di PC manakala Maple Story M boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.