Hari ini, Shuhei Matsumoto iaitu penerbit untuk permainan Street Fighter V dari Capcom mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan watak DLC Dan Hibiki bersama permulaan kandungan musim kelima permainan tersebut bermula Februari ini.
Menurut beliau, penundaan ini adalah disebabkan beberapa masalah pembangunan akibat wabak pandemik yang sedang berlaku sekarang ini. Meskipun begitu, memandangkan sasaran mereka adalah musim sejuk tahun ini, Februari masih lagi berada di bulan musim sejuk sekaligus ia bukanlah satu penundaan yang begitu lama.
Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan akan terdapat beberapa pengumuman lain yang akan dikongsikan menjelang tahun hadapan.
Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan watak Dan Hibiki dan kandungan musim kelima permainan Street Fighter V ini, anda boleh ke artikel ini di mana Capcom sebelum ini berkongsi lebih lanjut berkenaan watak Dan Hibiki tersebut.
Street Fighter V telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC di mana sebelum ini juga kami telah mengulaskan edisi Champion Edition di mana ia merupakan edisi lengkap buat permainan tersebut.