Hari ini, Masahiro Sakurai telah berkongsi lanjut mengenai watak Sephiroth iaitu watak DLC seterusnya untuk Super Smash Bros. Ultimate. Pengumuman utama adalah ia akan tiba secara rasmi pada 22 Disember ini, sebagai sebahagian Fighter Pass Vol. 2 ataupun secara berasingan dengan harga $5.99.

Pemain boleh mendapatkannya bermula hari ini dengan menyelesaikan ‘Sephiroth Challenge’. Cabaran ini akan disertakan di bahagian main menu, selepas anda membeli watak Sephiroth atau Fighter Pass Vol. 2.

Seperti biasa, di dalam video ini juga Sakurai telah memperlihatkan kebolehan serta serangan yang boleh dilakukan oleh Sephiroth. Beliau mempunyai kelebihan melalui penggunaan pedang yang panjang iaitu Masamune. Ia dapat melakukan serangan dari jarak yang jauh.

Sephiroth juga akan mengeluarkan satu sayap apabila hampir tewas. Ia akan memberi penambahan untuk kepantasan bergerak dan juga kekuatan serangan.

Selain itu, kostum baharu untuk Mii Fighters turut diumumkan, di mana kali ini mereka menyertakan kostum daripada permainan Final Fantasy VII iaitu Aerith, Tifa, Barret dan juga Chocobo (topi). Ia juga menyertakan kostum watak Geno dari Super Mario RPG Legend of the Seven Stars. Setiap satu kostum ini boleh didapatkan dengan harga $0.75.

Super Smash Bros. Ultimate sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch.

Bacaan lanjut: 4 Sebab Mengapa Super Smash Bros Ultimate Unik Berbanding Permainan Perlawanan Lain.

Sohor Kini