Skip to main content

Seperti yang diumumkan oleh Natsume sebelum ini, Harvest Moon: One World, iaitu permainan simulasi berkebun seterusnya Harvest Moon akan dilancarkan pada 2 Mac 2021 ini di konsol PlayStation 4 dan Switch.

Bersempena dengan pelancarannya yang semakin hampir, Natsume hari ini berkongsi satu video acah baharu yang memperlihatkan bentuk permainan dengan lebih lanjut dengan beberapa lokasi yang pemain boleh lawati.

Menariknya, video acah tersebut juga memperlihatkan pelbagai aktiviti yang pemain lakukan seperti acara-acara perkampungan dan juga jumlah haiwan yang pemain boleh bela dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Harvest Moon: One World merupakan permainan simulasi berkebun seterusnya oleh Natsume dengan enjin permainan dan visual baharu. Menurut pembangun, permainan Harvest Moon ini akan menyertakan lokasi yang lebih meluas disamping akan membawa pengalaman baharu buat genre permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang tahun hadapan.

Leave a Reply