Skip to main content

Warner Bros Games dan Turtle Rock Studio hari ini telah berkongsi video bentuk permainan untuk Back 4 Blood mereka iaitu permainan penembak zombi koperasi. Ia boleh dikatakan adalah permainan susulan tidak rasmi untuk Left 4 Dead kerana dibangunkan oleh pembangun asal permainan tersebut.

Permainan ini akan menyertakan mod kempen penceritaan yang menyokong permainan koperasi sehingga 4 pemain, ia boleh dimainkan secara dalam talian. Pemain juga boleh keluar masuk sesi berlainan, jika tidak cukup 4 pemain, selebihnya akan dikawal oleh AI.

Menariknya, selain pertempuran biasa, ia juga menyertakan sistem kad yang akan memberi kelebihan dan juga menyukarkan lagi sesuatu peringkat.

Ia juga mempunyai mod PvP sehingga 8 pemain, di mana pasukan akan bergilir menjadi Cleaners ataupun Ridden (zombi).

Back 4 Blood akan dikeluarkan pada 22 Jun 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Sesi alfa tertutup kini juga dibuka tetapi terhad untuk negara AS, Kanada, UK, Jerman dan Perancis sahaja.

Leave a Reply