John Lasseter adalah penerbit filem animasi yang hebat. The Little Mermaid, Beauty and the Beast, The Nightmare Before Christmas, The Lion King, Ratatouille dan WALL-E adalah antara filem animasi yang diterbit beliau dan jika anda ingin tahu – Toy Story 4 ditulis oleh beliau juga. Tidak dinafikan yang John adalah individu yang berbakat.

Apple nampaknya, melihat bakat John yang menyerlah ini dan Variety melaporkan yang Apple telah memilih dua filem animasi dari John untuk siaran eksklusif Apple TV+. Dua filem animasi ini adalah Luck dan Spellbound, di mana kedua-duanya turut melibatkan Paramount Pictures. Filem ini dilaporkan akan ditayangkan di pawagam terlebih dahulu pada tahun 2022, selepas itu Apple TV+ adalah satu-satunya platform yang boleh pengguna cari semula untuk ditonton.

Perjanjian ini dikatakan dilakukan antara Apple dan Skydance Animation iaitu studio uang terlibat dengan pembangunan filem-filem ini. Berapakah nilai yang Apple ingin bayar dan adakah perjanjian ini muktamad? Itu masih tidak pasti lagi. Skydance juga adalah syarikat di sebalik francais filem Mission: Impossible dan juga Top Gun.

Sohor Kini