Kojima Productions hari ini mengumumkan kemaskini untuk Death Stranding versi PC kini tiba, di mana ia menyertakan kandungan daripada Cyberpunk 2077 secara percuma. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Berdasarkan video tersebut, ia memperlihatkan Sam sedang membonceng motosikal yang mempunyai rekaan seperti salah satu motosikal di dalam Cyberpunk 2077. Selain itu, Sam juga mempunyai tangan bionik seperti Johnnya Silverhand.

Selain itu, ia juga akan menyertakan holograms yang memperlihatkan logo SAMURAI dan juga kenderaan Atlas Trauma Team, barangan kosmestik seperti kaca mata Johnny Silverhand dan juga fungsi godam seakan Cyberpunk 2077 juga boleh digunakan oleh Sam antaranya untuk menghentikan trak Mule.

Menariknya, ia juga akan menyertakan 6 misi baharu yang berkait dengan permainan oleh CD Projekt Red tersebut.

Death Stranding untuk PC kini ditawarkan dengan potongan harga 50% di Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini