GOG hari ini telah menganjurkan jualan promosi bersempena dengan musim sejuk, selain menawarkan beberapa permainan dengan harga promosi, mereka juga menawarkan permainan simulasi pengurusan dan pembinaan penjara Prison Architect secara percuma.
Ia ditawarkan secara percuma sehingga 20 Disember 2020 dan anda perlu bersetuju untuk menerima emel daripada GOG sebelum dapat menebus-nya. Jika anda tidak gemar, anda boleh nyah-langgan kemudian.
Bagi jualan promosi pula, berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;
- The Witcher 3: Wild Hunt – Game of the Year – $14.99
- Control Ultimate Editon – $19.99
- Disco Elysium – $23.99
- The Outer Worlds – $29.99
- Wasteland 3 – $40.19
- Hellbalde: Senua’s Sacrifice – $7.49
Anda boleh layari pautan ini untuk senarai selebihnya permainan yang ditawarkan dengan harga lebih murah.