Hades Menerima Fungsi Rentas-Simpanan Untuk PC Dan Switch

Supergiant Games telah mengumumkan yang permainan roguelike mereka Hades kini menyokong fungsi rentas-simpanan yang akan membolehkan pemain bermain sesi yang sama tidak kira di PC mahupun di Nintendo Switch.

Bagi pemilik Hades di kedua-dua platform PC (tidak kira di Steam mahupun Epic Games Store), dan juga di Switch anda perlu membuka fungsi rentas-simpanan di bahagian utama permainan untuk menggunakan fungsi ini.

Hades sudah dikeluarkan untuk Switch dan PC sejak September lepas, ia merupakan antara permainan terbaik tahun ini dan tercalon untuk anugerah Permainan Terbaik 2020 ketika The Game Awards lepas.

Sohor Kini