Ubisoft hari ini telah menawarkan XP serta Silver Boost secara tetap bagi pemain yang inginkannya. Ia akan memberikan peningkatan sebanyak 50% kadar pemain akan dapat XP serta Silver semasa bermain, termasuk juga untuk sesi permainan sedia ada.
Ia adalah tawaran yang sama diberikan untuk Assassin’s Creed Odyssey, namun selepas menerima kritikan mereka menunggu sehingga sebulan selepas dikeluarkan untuk menawarkannya kali ini. Ia ditawarkan dengan harga 1000 Helix untuk boost XP atau Silver, untuk kedua-duanya ia ditawarkan dengan harga 1500 Helix. 1050 Helix boleh dibeli dengan harga RM31.
Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan pada untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.