Les’ Copaque adalah syarikat di sebalik animasi hebat Upin & Ipin. Ia adalah antara animasi 3D yang mengubah industri animasi Malaysia. Upin & Ipin mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan tahun ini sudah 13 tahun Upin & Ipin berada dalam industri animasi temapatan. Les’ Copaque sudha mempunyai berbelas musim dan tiga filem. Selain Upin & Ipin, animasi seperti Pada Zaman Dahulu, Puteri dan DaDuDiDo juga adalah antara karya mereka.
Siri animasi 3D Puteri turut meraih perhatian ramai dan muncul dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Antara watak-watak Puteri ini adalah Puteri Manis, Puteri Kasturi, Puteri Purut, Puteri Bali Dan Puteri Nipis. Les’ Copaque mengacah di Twitter yang mereka ingin hadir dengan filem sampingan Puteri – “Puteri The Movie”. Berdasarkan video acah pendek yang diciap, ia mempertontonkan kesemua Puteri ini beraksi menentang raksasa.
Adakah kita boleh lihat filem animasi puteri tempatan yang boleh mencapai taraf filem-filem puteri Disney? Harapnya begitu, kerana setakat ini Les’ Copaque tidak pernah mengecewakan peminat dengan hasil karya yang hebat.