Demo Akhir Bravely Default II Boleh Dimuat Turun Sekarang

Nintendo hari ini telah melancarkan demo akhir untuk Bravely Default II, melaluinya pemain dapat mencuba 4 watak utama yang sudah mempunyai beberapa pekerjaan serta kebolehan untuk digunakan. Pemain juga boleh mencuba sendiri sistem risiko dan ganjaran, strategi watak dan juga melihat rekaan visual untuk permainan ini.

Pada Mac lepas mereka sudah melancarkan demo pertama, dan selepas menerima maklum balas daripada pemain mereka telah melakukan beberapa perubahan dan menundanya daripada dilancarkan pada tahun ini.

Bagi pemain yang memuat turun demo ini sebelum 26 Februari, anda akan mendapat 100 My Nintendo Platinum Point. Bravely Default II akan dikeluarkan pada 26 Februari 2021 untuk Switch.

Sohor Kini