Skip to main content

Long Entertainement Company dan Dragonest Games hari ini akhirnya melancarkan permainan Auto Chess mereka untuk PlayStation 4 selepas terlepas tarikh sepatutnya iaitu 31 Oktober yang diumumkan sebelum ini.

Ia juga tiba secara akses awal di mana pemain yang ingin mendapatkannya perlu membeli Founder’s Pack dengan harga RM39, ia akan ditawarkan secara percuma untuk versi penuh kelak.

Selain itu, berdasarkan penyenaraian di PS Store, ia juga akan menjadi permainan eksklusif untuk PS4 (turut dikeluarkan untuk PC) sekurang-kurangnya sehingga 12 bulan dilancarkan. Ia sebelum ini turut diumumkan untuk Switch.

Auto Chess sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Epic Games Store dan versi permua di peranti Android dan iOS.

Leave a Reply