Bermula minggu ini sehingga 6 Januari 2021 ini, Blizzard mengumumkan acara Overwatch Winter Wonderland akan berlangsung secara rasmi di platform permanian tersebut iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Seperti tahun-tahun lepas, acara tersebut akan menyertakan pelbagai kostum-kostum baharu termasuklah mod eprmainan baharu empat lawan empat Freezethaw Elimination di mana ia akan menyertai barisan mod permainan bertemakan musim salji seperti Yeti Hunt, Snowball Deathmatch sebelum ini.

Pada masa yang sama, Blizzard juga umum cabaran mingguan akan berlangsung ketika acara ini diadakan yang mana pemain juga boleh dapatkan pelbagai ganjaran seperti ikon, pelekat dan semestinya kostum baharu.

Overwatch sudah dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini