Bagi anda yang meminati siri anime Fairy Tail, tampaknya tahun ini adalah tahun untuk anda di mana sebelum ini Gust dan Koei Tecmo lancarkan permainan RPG Fairy Tail dan kini tampaknya peminat akan menerima satu lagi permainan dari siri anime tersebut iaitu Fairy Tail: Forces Unite! untuk peranti iOS dan Android.

Menurut Garena, permainan mudah-alih ataupun permua akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia dan pra-pendaftarannya kini dibuka melalui laman rasmi permainan tersebut.

Seperti biasa, pra-pendaftaran tersebut akan menyertakan pelbagai ganjaran berdasarkan jumlah pendaftaran yang dilakukan oleh pemain yang mana turut akan menyertakan watak Erza berperingkat SS.

Fairy Tail: Forces Unite! merupakan permua khas berdasarkan siri anime Fairy Tail di mana mereka menyertakan pelbagai watak daripada siri tersebut termasuklah suara latar asli, sekaligus membenarkan pemain untuk menikmati pelbagai adegan dan penceritaan ikonik anime tersebut.

Dari segi bentuk permainan, permua ini akan memfokuskan elemen bentuk pertempuran secara turutan dengan elemen klasik RPG yang mana ia juga akan menyertakan 8 watak baharu dengan 9 jenis kelas watak berbeza yang pemain boleh tetapkan pelbagai kemahiran.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permua ini, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut yang mana turut pautan rasmi untuk pra-pendaftaran.

Sohor Kini