Kemaskini: GOG melalui akaun Twitter rasmi mereka telah mengumumkan membatalkan penyenaraian Devotion di GOG. Menurut mereka selepas menerima “mesej daripada pemain”. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengelak daripada kontroversi yang mungkin akan timbul kelak.
Pada awal tahun lepas, Red Candle Games telah menarik penyenaraian permainan Devotion daripada Steam selepas permainan tersebut didapati mempunyai mesej menghina Presiden China. Mereka meminta maaf atas perkara tersebut dan mengatakan ia adalah satu kesilapan.
Hari ini, Red Candle Games mengumumkan yang mereka akan menawarkan semula permainan tersebut melalui GOG pada 18 Disember ini. Ia boleh didapati dengan harga $16.99 (~RM68), anda boleh masukkan dalam senarai hajat melalui pautan ini.
Dalam masa seminggu ia ditawarkan, ia telah mendapat pelbagai reaksi yang positif dan dikatakan sebagai satu permainan seram yang baik.