Pada awal bulan lepas, Epic Games telah berkongsi prestasi Fortnite di konsol generasi baharu di mana ia menyokong 4K/60 FPS di PlayStation 5 dan Xbox Series X manakala Xbox Series S adalah 1080p/60 FPS. Melalui kemaskini terbaru, mereka kini menyertakan pilihan untuk mendapat kadar kelancaran 120FPS.

Bagi membolehkan ia menyokong 120FPS, kada resolusi kini menjadi 1440p manakala bagi Xbox Series S ia mengekalkan resolusi 1080p akan tetapi menyertakan pengurangan kualiti di beberapa tempat seperti kepadatan awan, pencahayaan dan juga pembayang, bagi kadar kelancaran 60FPS pula resolusi dipertingkatkan kepada 1440p.

Pemain juga perlu mempunyai monitor ataupun TV yang mempunyai kadar segar semula sekurang-kurangnya 120hz untuk membolehkan tetapan ini dipilih.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini