Skip to main content

Kemaskini: Setelah beberapa jam selepas kenyataan pertama di akaun Twitter rasmi Kojima Productions, studio tersebut akhirnya berkongsi pelbagai pengumuman dan penghargaan buat peminat di mana antaranya adalah video terima kasih khas oleh Hideo Kojima sendiri dan juga video khas ketika mereka menerima anugerah BAFTA.

Bagi anda yang ingin menonton kedua-dua video tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.


Artikel Asal: Bersempena dengan ulang tahun ke-5 untuk penubuhan studio Kojima Productions hari ini, hari ini mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan beberapa pengumuman khas setiap jam bermula jam 2 petang hari ini.

Antara pengumuman pertama yang diumumkan adalah sejarah rekaan watak ataupun logo Ludens di mana anda boleh membaca dengan lebih lanjut melalui kenyataan rasmi Kojima Productions bersama Yoji Shinkawa di mana beliau berkongsi rekaan konsep watak Ludens tersebut termasuklah bagaimana ia memberi kesan terhadap evolusi dan perkembangan studio tersebut.

Pada masa yang sama, Kojima Productions juga berkongsi set latar belakang khas rekaan Ludens tersebut dan juga kedai atas-talian studio tersebut juga mengemaskini dengan beberapa barangan baharu termasuklah barangan khas sempena ulang tahun ke-5 yang mana anda boleh beli seperti T-Shirt dan sebagainya.

Untuk pengumuman lanjut, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa setelah Kojima Productions mengumumkan kelak.

Leave a Reply