Apple hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan dokumentari filem khas memfokuskan penyanyi terkenal, Billie Eilish di mana ia akan dilancarkan pada 26 Februari 2021 ini.

Dengan tajuk Billie Eilish: The World’s A Little Blurry, dokumentari tersebut akan memfokuskan bagaimana penulis dan penyanyi Billie Eilish menjadi sangat terkenal termasuklah segala saat ketika beliau merakamkan muzik album beliau dan sebagainya.

Apple TV+ merupakan servis langganan siri TV khas oleh Apple di mana ia menyertakan pelbagai siri asli menarik dengan harga serendah RM19.90. Anda juga boleh melanggannya melalui Apple One, iaitu servis langganan pelbagai khas oleh Apple dengan harga yang sama.

Bagi anda yang berminat, anda juga boleh mencubanya selama 7 hari secara percuma dan pada masa yang sama, buat pemilik peranti Apple seperti iPhone, iPad, Apple TV, Mac ataupun iPod Touch baharu, Apple juga menawarkan langganan Apple TV+ secara percuma selama setahun dan perlu ditebus dalam masa 3 bulan peranti tersebut diaktifkan.

Sohor Kini