Siri Aksi Nyata Yu Yu Hakusho Akan Tiba Di Netflix

Twitter rasmi untuk Netflix Jepun telah mengumumkan yang siri aksi nyata Yu Yu Hakusho akan diterbitkan oleh Netflix sebagai sebahagian penawaran kandungan asli mereka. Ia juga diumumkan untuk pasaran global.

Siri ini akan diselia oleh Kazutaka Sakomoto iaitu Pengarah Pemilikan Kandungan di Netflix, diarah oleh Teru Morri dan syarikat produksi Robot akan berkerjasama dengan Netflix untuk perancangan dan juga produksi. Ia masih lagi di peringkat awal, dan tiada sebarang tarikh yang diumumkan termasuk juga senarai pelakon.

Yu Yu Hakusho merupakan manga yang diterbitkan oleh Shonen Jump pada tahun 1990 sehingga 1994 dan mempunyai 175 episod. Anime untuknya dikeluarkan pada tahun 1992 sehingga 1994 dan mempunyai 112 episod, ia sudah tiba di Netflix.

Sohor Kini