Epic Games hari ini mengumumkan mod masa terhad seterusnya untuk Fortnite iaitu The Spy Within. Ia boleh dimainkan bermula sekarang, dan dengan menyelesaikan cabaran khusus untuknya, pemain berpeluang untuk mendapat pelbagai barangan kosmetik.

Di dalam The Spy Within, 10 pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu The Agents dan The Spies. Pemain di dalam pasukan The Agents tidak akan mengetahui siapa The Spies. The Agents perlu menyelesaikan pelbagai tugasan untuk mendapatkan gold coins, yang diperlukan untuk memenangi sesi permainan.

The Spies pula perlu membunuh kesemua The Agents sebelum mereka menyelesaikan tugasan tersebut dan pada masa yang sama perlu memastikan identiti masih dirahsiakan. Pemain tidak boleh bercakap di luar pada ‘meeting’, yang boleh di mulakan oleh sesiapa sahaja.

Dengan kata lain, ia adalah bentuk permainan yang sama dengan Among Us, tetapi anda dapat bermain-nya menggunakan watak-watak yang anda ada di dalam Fortnite. Anda boleh menggunakan chat suara di dalam permainan, ataupun menggunakan aplikasi Houseparty untuk chat video.

Ia hanya tiba buat masa terhad, jadi jangan terlepas untuk mencubanya sebelum mereka membawa mod masa terhad yang baharu. Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini