Nintendo hari ini mengadakan acara penstriman khas Indie World di mana mereka memperlihatkan pelbagai permainan-permainan Indie yang akan tiba di konsol Switch.

Salah satu pengumuman utama adalah Among Us yang diumumkan ketika penghujung acara tersebut di mana ia kini sudah pun dilancarkan di konsol Switch. Manakala berikut adalah permainna-permainan lain yang diumumkan ketika acara tersebut.

Spelunky dan Spelunky 2

Permainan pertama yang diumumkan adalah Spelunky pertama dan Spelunky 2 di mana siri permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC. Ini sekaligus merupakan pertama kalinya siri tersebut akan tiba di konsol Switch dan munurut Derek Yu dari Mossmouth, ia akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun hadapan.

Spelunky merupakan siri permainan platformer di mana pemain akan menerokai bawah tanah dan bertemu dengan pelbagai jenis musuh dan perangkap menarik untuk menyelesaikan sesuatu peringkat tersebut.

Fisti-Fluff

Fisti-Fluff pula merupakan permainan pertempuran kucing di mana pemain akan menggunakan pelbagai jenis kucing dan bertempur sesama sendiri. Menariknya, permainan ini kelihatan akan menyertakan pelbagai bentuk permainan yang huru-hara dan keupayaan untuk menghias dengan pelbagai jenis kostum menarik untuk kucing tersebut.

Permainan ini dibangunkan oleh Playfellow Studio dan ia dirancang untuk dilancarkan sekitar awal tahun hadapan termasuklah versi PC melalui Steam.

Very Very Valet

Very Very Valet pula adalah permainan simulasi valet di mana pemain perlu membawa kenderaan pelanggan ke tempat parkir dan pada masa memulangkan kenderaan tersebut dalam keadaan selamat. Dengan sokongan secara multi-pemain koperasi, permainan ini juga kelihatan akan memfokuskan bentuk permainan parti yang pasti akan memberi pengalaman gelak ketawa buat pemain.

Menurut Toyful Games ia akan dilancarkan sekitar awal tahun hadapan secara eksklusif masa di konsol Switch.

Tunche

Tunche merupakan permainan pertempuran aksi di mana ia sebelum ini telah pun diumumkan akan tiba di PC melalui Steam ketika acara Developer Showcase.

Terkini melalui acara Indie World, Leap Game Studios mengumumkan yang mana permainan tersebut turut akan tiba di konsol Switch, termasuklah konsol Xbox One.

Cyber Shadow

Permainan seterusnya oleh pembangun Shovel Knight iaitu Yacht Club Games akhirnya menerima tarikh pelancaran secara rasmi di mana ia akan tiba pada 26 Januari 2021 ini. Selain Switch, eprmainan turut akan tiba di konsol Xbox One, PlayStation 4 dan PC melalui Steam.

Cyber Shadow adalah permainan aksi platformer dengan elemen ninja dan grafik retro di mana ia mempunyai bentuk permainan yang sangat pantas dengan naratif permainan sains fiksyen. Ketika pengumuman ini, Nintendo juga menyatakan yang mana pemain ini akan menyokong figura Amiibo Shovel Knight di mana jika dikesan, permainan tersebut akan menyertakan robot kecil pembantu daripada siri Shovel Knight untuk membantu menyerang musuh.

Calico

Calico iaitu permainan memfokuskan pemain untuk menghasilkan kafe kucing pemain sendiri kini dilancarkan secara rasmi di Switch di mana ia boleh dibeli melalui Nintendo eShop dengan harga $11.99(~RM49).

Pada masa yang sama, Whitethorn Digital juga melancarkan permainan ini di konsol Xbox dan PC secara serentak hari ini.

Alba: A Wildlife Adventure

Alba: A Wildlife Adventure merupakan permainan seterusnya oleh pembangun Monument Valley iaitu usTwo Games di mana melalui acara ini, mereka mengumumkan yang mana permainan ini akan tiba di konsol Switch sekitar suku kedua tahun hadapan.

Permainan ini telah pun dilancarkan di iOS melalui Apple Arcade dan PC melalui Steam di mana ia memfokuskan pemain untuk mengembara sebagai Alba sambil menyelamatkan pelbagai kehidupan liar dengan melakukan tekaria.

Gnosia

Playism dan Petit Depotto mengumumkan permainan Gnosia akan dilancarkan secara global di konsol Switch sekitar awal tahun hadapan.

Gnosia merupakan permainan seakan visual novel di mana pemain perlu mencari pengkhianat ataupun Gnosia di kalangan watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut seolah permainan Among Us tetapi di dalam bentuk permainan solo. Menurut Toru Kawakatsu iaitu penerbit dan pengarah Petit Depotto, permainan ini boleh dimain dengan hanya sekitar 5 hingga 15 minit sahaja, namun setiap perubahan jumlah Gnosia dan watak boleh ditetapkan oleh pemain sendiri.

Happy Game

Happy Game pula adalah permainan oleh Amanita Design di mana ia dijadualkan untuk tiba di konsol Switch dan PC melalui Steam sekitar suku kedua tahun hadapan.

Happy Game adalah satu permainan pegnemabran seram di mana pemain akan mengemabra di dalam mimpi-mimpi ngeri dengan pelbagai jenis lokasi yang menyeram dengan pelbagai tekaria yang pasti akan menguji keberanian pemain.

Super Meat Boy Forever

Ketika acara Indie World, Team Meat juga mengumumkan yang mana mereka turut akan melancarkan permainan Super Meat Boy Forever di konsol Switch pada 23 Disember 2020, iaitu tarikh yang sama dengan pelancarannya di PC.

Super Meat Boy Forever merupakan sekuel kepada siri permainan platformer Super Meat Boy di mana ia menyertakan pelbagai peringkat baharu dengan bentuk permainan baharu dan juga peringkat permainan yang dijana kendiri.

Grindstone

Grindstone merupakan permainan seterusnya oleh Capybara Games di mana ia sebelum ini dilancarkan di di peranti iOS melalui Apple Arcade. Grindstone adalah permainan tekaria berpetak di mana pemain perlu menyelesaikan pelbagai peringkat untuk

Menurut Farah Coculuzzi, permainan ini dilancarkan secara rasmi hari ini di Nintendo eShop di mana anda boleh membelinya dengan harga diskaun sebanyak $14.99(~RM60) berbanding harga asal $19.99(~RM81).


Selain itu, Nintendo juga memperlihatkan beberapa permainan lain yang diumumkan secara serentak iaitu:

  • When The Past Was Around oleh Mojiken Studios, dilancarkan hari ini di Nintendo eShop.
  • Kosmokrats oleh Pixel Delusion, akan tiba Mac 2021 ini.
  • Hoa oleh Skrollcat Studio, akan tiba April 2021.
  • Hazel Sky oleh Coffee Addict Studio, akan tiba April 2021.
  • Trash Sails oleh Flucky Machine, akan tiba suku kedua 2021
  • Finding Paradise oleh Freebird Games, akan tiba suku kedua 2021.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan acara penstriman tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini