Kemaskini: Epicsoft telah mengemaskini laman pembayaran balik mereka dan sekadar meminta pemain yang ingin melakukannya untuk menghubungi terus CD Projekt Red menggunakan emel berikut; [email protected]. Arahan lanjut akan diberikan selepas 21 Disember 2020.


Epicsoft iaitu pengedar rasmi Cyberpunk 2077 di Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan membuka ruang untuk pemain yang membeli versi fizikal bagi permainan tersebut di PS4 dan Xbox One, meminta pembayaran balik.

Laman pembayaran balik boleh di akses melalui pautan ini, akan tetapi ia akan tiba pada 17 Disember sehingga 21 Disember ini.

Ia adalah lanjutan daripada pengumuman oleh CD Projekt Red yang mengatakan mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk mempertingkatkan kualiti permainan tersebut di konsol tetapi akan mengambil masa sehingga Februari tahun depan. Oleh kerana itu, pemain yang tidak ingin menunggu boleh meminta pembayaran balik.

Sony hari ini telah mengatakan yang proses pembayaran balik masih lagi mengikut polisi asal mereka, iaitu permainan yang sudah dimainkan tidak layak untuk mendapat pembayaran balik. Pemain yang terkesan boleh menghubungi [email protected] sebelum 21 Disember.

Sohor Kini